SPIES BERDAFTAR

26 May 2014

koleksi hadis dalil kelebihan menghafaz / membaca surah al kahfi

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T. peeps !
Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi saw, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah al Kahfi. Maka terhindar daripada adDajjal."(Riwayat Muslim, Abu Daud, AnNasa'i, AtTarmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda', Nabi saw bersabda: "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah al Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah AdDajjal."(HR. Muslim dan AnNasa'i)

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesiapa membaca awal dan akhir surah alKahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."(HR. Ahmad)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah AlKahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya dari bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."(HR. Ibnu Katsir)

Daripada Abi Said Al Khudri berkata: "Sesiapa membaca surah AlKahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiq."(HR. Ibnu Katsir)

Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah AlKahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Ad Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya."(HR. Ibnu Katsir)

(Kesemua yang di atas dipetik dari buku 'Amalan Surah-surah Pilihan - Fadhilat & Khasiatnya' oleh Haji Johari Haji Alias, diterbitkan oleh Darul Nu'man)

#copypaste
regards,